I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, Ogos 23, 2011

Calon UPSR putus jari

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my



KOTA BHARU - Ketika rakan seusia bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhadapan keadaan sebaliknya apabila kehilangan jari tangan kerana bermain mercun.

Kejadian tersebut menimpa Noor Saipul Mohammad, 12, ketika dia cuba menyalakan mercun bola menggunakan api dapur gas di rumahnya di Kampung Laka, dekat sini pada kira- kira pukul 1 petang semalam.

Untuk berita seterusnya klik di SINI
 
KEPADA SEMUA CALON UPSR SK SERI MULIA.....
 
Jadikan apa yang menimpa sahabat anda ini sebagai panduan dan pengajaran. UPSR bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita semua bergembira kerana hendak menyambut Hari Raya Aidil Fitri, aspek keselamatan juga perlu diutamakan kerana kita tidak mahu berlaku sesuatu perkara yang boleh menganggu persiapan rapi yang telah kita lakukan untuk menghadapi UPSR.
 
Sama-sama kita doakan agar adik Noor Saipul Mohammad akan cepat sembuh dan dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri serta menduduki Peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan