I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, November 17, 2010

Terima Kasih


Walau pun antara kita tidak sama
Namun kita tetap BERSAMA.....
Walau pun ada kalanya kita tidak bersetuju
Namun kita terus tetap BERSATU.....
Bekerja dalam satu PASUKAN
Semua BERPERANAN dan MENYUMBANG...

Terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua warga SK Seri Mulia
atas segala sumbangan dan pengorbanan
yang telah dicurahkan selama ini
semoga SK Seri Mulia
akan terus dipandang mulia
SeMULIA namanya.......


Ikhlas daripada
EMBAH LANANG

Aidil Adha


SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
KEPADA
SEMUA WARGA SK SERI MULIA
SERTA
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA
 
 
 

Isnin, Ogos 30, 2010

Musuh dan Kawan........ IBLIS


Siapakah Musuh Iblis?
Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya:
"Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku"
Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur

Siapakah Kawan Iblis?
Rasulallah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?"
Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)

Sumber : Majlis Agama Islam Negeri Johor

Khamis, Ogos 19, 2010

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam Al Ghazali

1) Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.

2) Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

3) Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.

4) Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

5) Jangan menyangkal kata-kata guru.

6) Jangan mengumpat pelajar lain.

7) Jangan berbisik di hadapan guru.

8) Jangan berpaling kiri dan kanan.

9) Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

10) Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).

11) Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.

12) Rujuk guru dalam memilih ilmu.

13) Jangan duduk tempat guru.

14) Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.

15) Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.

16) Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.

17) Muliakan anak-anak guru.

18) Selalu berhubung dengan guru.

19) Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.

20) Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Semoga dapat diamalkan oleh murid-murid semua. Mudah-mudahan akan mudah menimba ilmu dan mendapat keberkatan.
 

Selasa, Ogos 10, 2010

RAMADHAN 1431H


SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL-MUBARAK
KEPADA
SEMUA WARGA SK SERI MULIA
DAN
PENGUNJUNG BLOG INI

Semoga Ramadhan pada tahun ini
akan disambut dengan penuh kegembiraan dan keinsafan
serta
menambahkan keimanan dan ketaqwaan
kita semua kepada
ALLAH (s.w.t)

Sabtu, Julai 31, 2010

Salam Pembuka Bicara


Assalamualaikum (w.b.t)

Salam pembuka bicara kepada semua pembaca blog ini terutamanya kepada semua warga SK Seri Mulia, B. Pahat serta rakan-rakan seperjuangan yang pernah mengenali diri saya. Semoga catatan-catatan saya di dalam blog selepas ini akan dapat memberi manfaat kepada pengunjung semua.

Kepada semua guru yang mengajar di SK Seri Mulia, teruskan usaha kalian dalam mendidik anak bangsa untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya saya sangat menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.

Kepada pelajar-pelajar SK Seri Mulia, teruskan berjuang untuk mengejar kecemerlangan. Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasilnya.InsyaAllah.

Akhir kata, semoga SK Seri Mulia akan terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Amin

Sekian, Wassalam