I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, Ogos 11, 2012

Pelajar Bawa Telefon ke Sekolah.... Apa Pandangan Warga Pendidik

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, alhamdulillah pada hari ini saya diberi kesempatan oleh Allah (s.w.t) untuk kembali menambah catatan saya di dalam blog ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa pada bahagian ketiga dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita terus diberikan kekuatan oleh Allah (s.w.t) untuk terus meningkatkan ibadah kita bagi mendapatkan seberapa banyak kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah (s.w.t) di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Buat permulaan setelah lama menyepi, saya ingin membawakan topik yang masih hangat diperkatakan sehingga kini walau pun berita ini telah tersiar di dada akhbar-akhbar tempatan hampir sebulan yang lalu. Cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun hadapan telah dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Berita penuh sila lihat di SINI

Pelbagai pihak telah memberikan respon masing-masing terhadap cadangan ini dengan pelbagai alasan yang munasabah. Ada yang bersetuju terutamanya dalam kalangan pelajar dan ibu bapa dan ada juga yang tidak bersetuju terutamanya dalam kalangan warga pendidikan serta pemimpin-pemimpin organisasi pendidikan. Ada pro dan ada kontra.

Apakah pandangan anda pembaca blog ini? Sila berikan pandangan anda untuk sama-sama kita bincangkan dalam ruangan komen.