I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, Ogos 29, 2011

Salam Lebaran


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
1 SYAWAL 1432 H
KEPADA
SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI
DAN WARGA SK SERI MULIA

MAAF ZAHIR DAN BATIN


KEPADA CALON-CALON UPSR SK SERI MULIA
JANGAN LUPA UPSR
U - Ulangkaji
P - Pelajaran
S - Semasa
R - Raya

Ikhlas daripada:
EMBAH LANANG

Selasa, Ogos 23, 2011

Calon UPSR putus jari

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my



KOTA BHARU - Ketika rakan seusia bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhadapan keadaan sebaliknya apabila kehilangan jari tangan kerana bermain mercun.

Kejadian tersebut menimpa Noor Saipul Mohammad, 12, ketika dia cuba menyalakan mercun bola menggunakan api dapur gas di rumahnya di Kampung Laka, dekat sini pada kira- kira pukul 1 petang semalam.

Untuk berita seterusnya klik di SINI
 
KEPADA SEMUA CALON UPSR SK SERI MULIA.....
 
Jadikan apa yang menimpa sahabat anda ini sebagai panduan dan pengajaran. UPSR bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita semua bergembira kerana hendak menyambut Hari Raya Aidil Fitri, aspek keselamatan juga perlu diutamakan kerana kita tidak mahu berlaku sesuatu perkara yang boleh menganggu persiapan rapi yang telah kita lakukan untuk menghadapi UPSR.
 
Sama-sama kita doakan agar adik Noor Saipul Mohammad akan cepat sembuh dan dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri serta menduduki Peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selasa, Ogos 16, 2011

Masjid-masjid di Malaysia

Masjid Negara

Berapa banyakkah masjid yang terdapat di negara kita? Sebagai sebuah negara Islam sudah tentu bilangannya tidak terkira kerana di setiap kampung yang terdapat penduduk yang beragama Islam, sudah pasti akan ada sekurang-kurangnya sebuah masjid.

Untuk mengetahui tentang masjid-masjid yang terdapat di negara kita, sila klik pada link di bawah.

link : http://www.islamgrid.gov.my/mosque/index.php

Kembali Semula Sempena Ramadhan


Salam Ramadhan Al Mubarak
Maaf kerana blog ini telah lama
tidak dikemaskini
atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan.
InsyaALLAH selepas ini
blog ini akan dikemaskini semula
dengan cetusan idea
atau
bahan-bahan yang difikirkan sesuai.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
kepada
Warga SK Seri Mulia
dan pengunjung blog ini.

Ikhlas daripada
EMBAH LANANG